Saturday, 1 December 2012

PUTRINUYIEN = NOREEN AZUANA

Views
PUTRINUYIEN = NOREEN AZUANA 

Hai all, hari ni nuyien ada free sikit....mana tak ye, cuti kan... Tapi sekarang tak sama macam dulu, setiap masa nuyien akan nuyien isi dengan perkara-perkara yang berguna. Sejak nuyien berada dalam "Dunia Bisnes" ni, nuyien baru nampak apa yang ada dekat luar. Bertukar-tukar fikiran, dengan orang yang lebih "Education" dari nuyien. Sebab nuyien akui nuyien bukan dari orang yang pandai-pandai.....
Nuyien lepas je spm nuyien terus sambung belajar ke Kolej swasta, dalam bidang IT business....Di Cosmopoint Johor Bahru. Lepas je habis belajar terus kerja. Yela tak sabar nak pegang duit sendiri. Gaji pertama bekerja di 1Stop Do Centre Johor Bahru. Gaji masa tu baru RM 800. Adoi besar sangat la masa tue....Tapi nuyien kerja situ tidak lama, terus cari kerja tempat lain sebagai Technician. Lama jugak nuyien kerja sebagai technician tu. Hampir 3 tahun. Bertahan sebab gaji dah naik "angka 4" itu pun lepas OT setengah mati....

Tolak sewa rumah, bil elektrik, bil air, belanja rumah, dan saving, ada la balance RM100....Saving pun alahai RM100, atau RM50 je sebulan....nak bagi mak pon celop-celop...mak dah faham sangat..yela gaji kita tak beso mana, tapi jauh di sudut hati ni nak jugak kan bagi mak ayah kita senang, nak bagi duit setiap bulan, sebab teringat masa belajar dulu. Ayah ngan mak tak pernah kata tiada duit bila kita perlukan duit....
Pastu mak ayah suruh nuyien balik dan tinggal dengan dia orang. Sebab dia orang pon nampak, nuyien keje tapi apa pon tarak! hehehe....pastu nuyien terus je cari kerja dekat sini. Nuyien kerja bermula dari tahun 2005 - 2012. Tahun nie genapla 7 tahun nuyien kat VS Electronics nie. Lamakan 7 tahun....tapi takde apapon yang nuyien dapat banggakan dengan hasil kerja 7 tahun tu. Hanya Mr.Wira merah nuyien tue jela aset yang nuyien ada, sepanjang 7 tahun bekerja.


2008, nuyien selamat mendirikan rumah tangga bersama orang yang nuyien sayang. Ahmad Azmeer, 4 Tahun kami berkawan. tapi boleh di kira, berapa kali kita berdua berjumpa, sebab dia kerja bukan di darat, tapi di laut. Off shore...Tapi nuyien tak kisah, nuyien dah biasa hidup berdikari dan sendiri. Nuyien lebih senang bila sesuatu kerja tu nuyien sendiri yang lakukan.


              
 Hasil perkahwinan kami, kami dikurniakan dua hero yang amat comel.
Ahmad Syahmi naqiuddin & Ahmad Muqri Rusyaidi.
Fuhh...memang betul-betul cabaran untukku, untuk handle 2 orang hero yang tengah aktif. Akulah ibu, dan akulah ayah.....Bila dah ada anak baru la tau, apa itu pentingnya "kewangan"

Ni anak nuyien yang 1st Ahmad Syahmi Naqiuddin

" 
Dan ni anak nuyien yang second Ahmad Muqri Rusyaidi

"



apa no.3....tunggu...........hahahha, confirm girl baru nuyien pregnant lagi :)

Bila di fikir, memang benar suamiku bergaji besar, alhamdulillah...tapi aku tak pernah rasakan yang duit dia, adalah milik ku jua. apapun, aku perlu sediakan untuk diri ku sendiri. 7 tahun aku bekerja, dikelilingku dengan orang yang sama setiap hari, suasana yang sama setiap hari, gaduh ketawa dengan orang yag sama....so dah cukup bagi ku untuk ku hadap semua itu.

Bila gaji je, mesti berkerut dahi. Mana tak ye, tak cukup untuk diri sendiri. Lagikan nak bagi kat anak-anak memang takde la....Kerja 8.00 pagi- 5.00 petang. Isnin hingga sabtu. Cukup bulan bayar hutang.. Memang suami bagi, tapi tak sama nikmat dengan duit sendiri. Gaji aku tolak kat Mr.Wira merah aku tue je dah minus.Aku perempaun tipu la tak nak pakai baju cantik, kasut, bag tangan, dan macam-macam. Tapi aku tak boleh. semua tue hanya impian je....

Ok kita continue next episode k, setelah nuyien masuk ke alam "Bisnes" :)

No comments:

COPYRIGHT @Segala Yang Tercatat Di Atas Semuanya Hak Milik PUTRINUYIEN